Tuesday 11 December 2012

SURAH AL-QARIAH


DOA QUNUT DAN TERJEMAHANNYA



sumber:- http://jimmie78.blogspot.com/2012/06/doa-qunut-dan-terjemahannya-semoga.html

ADAB MELAYAN TETAMU

TETAMU ialah orang yang datang menziarahi kita

Melayan tetamu adalah perkara yang dituntut islam.


  1. Kita mesti menyambut dan mengalu-alukan tetamu
  2. Menunjukkan kemesraan dengan muka manis
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Mengiringi mereka ke muka pintu ketika hendak pulang
  5. Mesti menutup aurat
  6. Memastikan rumah dalam keadaan kemas
Faedah melayan tetamu
  • Mendapat rahmat Allah
  • Dapat mengeratkan silaturahim
  • Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat
  • Akn dihormati dan disanjungi oleh orang lain
Akibat tidak melayan tetamu
  • Tidak dihormati oleh masyarakat
  • Hubungan menjadi renggang
  • Dibenci oleh Allah dan manusia
  • Mendapat dosa
  • Menimbulkan fitnah

Allah Bersifat BAQA

MAKSUD BAQA:-

BAQA bermaksud kekal.
kita wajb  percaya bahawa Allah kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa.

Kesan mereka yang beriman dengan sifat baqa:-

  • Mereka sedar akan kebesaran Allah
  • Mereka tidak akan bersikap sombong sesama manusia


SURAH AL-TAKAATSUR


PERISTIWA HAJATUL ASWAD

MAKA dengan rahmat Allah, menjadi lunaklah hati engkau (ya Muhammad) terhadap mereka. Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, nescaya bercerai-berailah mereka menjauhi engkau, maka maafkanlah mereka dan minta ampunlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (yang tetap), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang-orang yang bertawakal. (Ali Imran: 159)

KETIKA Nabi Muhammad s.a.w. berusia dalam lingkungan awal 30-an, kota Mekah pernah dilanda banjir besar. Banjir besar itu telah menyebabkan sebahagian daripada Kaabah runtuh.

Setelah banjir surut, orang Quraisy membina Kaabah semula. Rasulullah juga menolong mereka.

Semasa bekerja membina Kaabah, semua suku kaum Quraisy bekerja bersama, sedangkan mereka sering bertelagah sebelum ini. Mereka bersama-sama membina Kaabah yang rosak itu. Apabila siap, semua pihak mula berselisih faham. Setiap suku berebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

“Suku akulah yang paling suci. Hajarul Aswad adalah batu suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke tempatnya,” kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy dengan lantang. 

“Tak boleh!” Tingkah yang lain. “Kaum aku tinggal lebih dekat dengan Kaabah. Maka kamilah yang layak.”

“Kami pun ada hak juga,” jerit suku kaum yang lain pula.

Perselisihan itu makin melarat. Hampir-hampir sahaja suku kaum itu hendak berperang sesama sendiri. Ketua-ketua mereka segera berbincang mencari jalan penyelesaian. Tiba-tiba bangun seorang lelaki bernama Huzaifah.

“Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

“Bagus cadangan itu, tapi kita hendak pilih siapa?” tanya seorang ketua suku.

“Apa susah, kita pilih saja salah seorang daripada kita.”

“Eh, mana boleh!,” tingkah Huzaifah.

“Kalau kita pilih daripada kalangan kita, tentulah tidak adil. Apa kata kalau kita suruh orang lain. Pagi esok sesiapa yang pertama memasuki Kaabah, dialah yang akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

Cadangan Huzaifah itu dipersetujui oleh semua yang ada di situ. Keesokkan harinya, ketua-ketua kaum itu bersembunyi untuk melihat siapakah yang mula-mula memasuki Kaabah.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki menuju ke Kaabah. Ketika itu hari masih terlalu awal dan kebanyakan penduduk Mekah masih tidur.

“Eh, itu macam Muhammad!” kata seorang ketua suku.

“Ya, benar. Nampaknya kita bertuah kerana orang yang kita nantikan adalah orang yang boleh kita percayai,” sahut yang lain.

Kemudian mereka mendapatkan Rasulullah dan mengadu masalah mereka. Baginda Rasulullah berfikir sejenak, lalu membentangkan serban Baginda. 

Baginda mengambil batu Hajarul Aswad dan meletakkan ke atas serbannya. Semua ketua suku diminta memegang tiap-tiap hujung serban itu.

Setelah itu, Rasulullah menyuruh mereka mengangkat serban itu bersama-sama. Apabila sampai di tempatnya. Rasulullah sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu di tempat asalnya.

Cara Rasulullah itu sangat adil. Semua suku kaum itu sangat berpuas hati. Mereka memuji-muji kebijaksanaan Rasulullah. 

Baginda sedar bahawa mereka sangat gembira. Baginda berharap suku-suku kaum Quraisy itu akan terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi.

PENGAJARAN


*Sesuatu perkara penting hendaklah dibincangkan bersama, sebelum keputusan dibuat.

*Apabila sesuatu hal tidak dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu, hendaklah perkara itu dirujuk kepada orang yang lebih arif.

SUMBER:- Halaqah.Net

Monday 10 December 2012

BERSUCI DARI HADAS BESAR

Hadas Besar ialah perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi

Perkara yang mewajibkan seseorang mandi

  • Haid
  • Bersetubuh 
  • Mati
  • Nifas
  • Keluar mani
  • Wiladah
Lafaz niat mandi hadas besar

"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

SURAH AL-ASR


BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

Maksud Hari Kiamat

Hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya hari kiamat.

Hukum Mempercayai Hari Kiamat

Wajib

Cara Beriman Dengan Hari Kiamat


  • Kita wajib beriman adanya hari kiamat
  • Kita hendaklah percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan musnah


Kenapakah Hari Akhirat Berlaku


  • Kerana alam ini tidak kekal dan akan musnah
  • Kerana tanda keadilan Allah
  • Kerana pembalasan di dunia terbatas, manusia akan dihidupkan semula di alam akhirat untuk menerima pembalasan seadil-adilnya


ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN

RAKAN ialah kawan yang saling mengenali antara satu sama lain dan berdampingan ketika susah dan senang.


ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN:-


  • Memberi ruang kepada rakan bercakap
  • Bercakap dengan muka manis
  • Merendahkan suara
  • Bercakap dengan memandang muka
  • Memulakan dengan salam
  • Bercakap dengan lemah lembut
  • Menggunakan bahasa yang elok
FAEDAH BERSOPAN KETIKA BERCAKAP DENGAN RAKAN:-


  • Mendapat pahala
  • Dapat mengelakkan pergaduhan
  • Dapat mengeratkan hubungan
  • Dapat mewujudkan suasana harmoni
AKIBAT JIKA TIDAK MENJAGA TUTUR KATA:-


  • Akan kehilangan rakan
  • Boleh menyebabkan pergaduhan
  • Dibenci oleh rakan


Tuesday 4 December 2012

Pekerjaan NABI MUHAMMAD S.A.W Semasa Kecil

Setelah kematian ibunya dan datuknya, Nabi telah dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib.

Untuk mengurangkan beban keluarga, baginda telah mengambil upah mengembala kambing.



Baginda menjalankan tugas tersebut dengan rajin, bertanggungjawab dan ikhlas.

Ketika berumur 12 tahun baginda telah membantu Abu Talib berniaga di Syam.

Kesan pekerjaan tersebut telah membentuk akhlak Nabi yang mulia.

Baginda tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Baginda tabah dan sabar menjalani ujian dalam kehidupan.

Malahan baginda menghabiskan masanya dengan pekerjaan yang berfaedah.

Jenis-Jenis Hukum

Jenis-jenis hukum yang termaktub dalam Al-Quran terbahagi kepada 5 iaitu :-



WAJIB = melakukannya mendapat pahala, meninggalkannya mendapat dosa, contohnya, 


Solat Fardu
Berzakat
Berpuasa di bulan ramadhan
Menutup aurat 


HARAM= melakukannya mendapat dosa,meninggalkannya mendapat pahala,contohnya


Merompak
Minum arak
Derhaka kepada ibu bapa
Berzina
Mencuri
Minum arak


HARUS= tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya,contohnya


Tidur
Makan
Ketawa
Minum

SUNAT = melakukkannya mendapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa,contohnya


Senyum
Memberi salam
Ibadat korban


MAKRUH = melakukannya tidak berdosa meninggalkanya mendapat pahala,contohnya


                                                                  Merokok
                                                         Makan sambil berjalan 


Nilai-nilai:-
  • Taat
  • Beriman


Tuesday 13 November 2012

Adab menghidangkan makanan dan minuman


Kelengkapan yang perlu disediakan untuk menghidangkan makanan:-



  • Alas penutup meja (alas meja)


  • Bekas nasi 




  • Senduk nasi
  • Mangkuk untuk makanan berkuah
  • Piring untuk makanan kering
  • Sudu dan Garfu

  • Air pencuci tangan
  • Kain lap



  • Cawan atau gelas (mengikut hidangan)








    Kelengkapan yang tidak sesuai digunakan untuk menghidang makanan:-




    • Pinggan atau cawan yang sumbing


    • Kain lap yang kotor
    • Surat khabar atau buku
    • Telefon bimbit


    Nilai-nilai:-



    • Mestilah sopan ketika menghidangkan makanan
    • Sentiasa berhati-hati semasa menghidangkan makanan


    Saturday 10 November 2012

    Surah Al- Humazah ayat 5-9


    Aras 1:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan makhraj
    yang betul
    Aras 2:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan betul
    dan fasih
    Aras 3:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan hukum
    tajwid


    Nilai:

    • Berdisplin
    • Tekun

    Thursday 1 November 2012

    BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH



    Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah



    Beriman kepada Kitab


    Kitab ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya. Ia mengandungi syariat untuk disampaikan kepada manusia. 


    Maksud beriman kepada Kitab

    1. Kita mesti meyakini bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya.
    2. Kitab-kitab Allah ialah wahyu yang menjadi panduan manusia.
    3. Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.

    Hukum beriman kepada Kitab

    Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab dari langit kepada para rasul untuk menjadi panduan kepada umat manusia dari segi akidah, syariat dan akhlak. Firman Allah s.w.t 


    وأنزل معه الكتب بالحق ليحكم بين الناس فيما اختلفوا فيه

    Ertinya: dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan -keterangan yang benar) untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.

    Kitab-kitab Allah

    Injil--->Nabi Isa
    Zabur--->Nabi Daud
    Taurat--->Nabi Musa
    Al-Quran--->Nabi Muhammad SAW

    Sebab-sebab manusia memerlukan Kitab
    • Manusia memerlukan panduan hidup yang sempurna.
    • Kerana manusia mempunyai kelemahan.
    Kelebihan Al-Quran
    • Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.
    • Allah memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan sehingga Hari Kiamat.
    • Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
    • Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.
    • Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.
    Al-Quran

    Nilai
    • Yakin
    • Percaya dengan rukun iman

    Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman

    Terdapat banyak perkataan pinjaman dalam ayat, iaitu-

    Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dan Perkataan pinjaman Bahasa Melayu

    Contoh prkataan pinjaman Bahasa Inggeris:-

    • Komputer
    • Polis
    • Kalender
    • Coklat
    Contoh perkataan pinjaman Bahasa Arab:-
    • Masjid
    • Solat
    • Doa
    • Rezeki
    Antara ayat-ayat yang boleh dibina menggunakan perkataan pinjaman seperti:-

    1. Solat zohor ada empat rakaat
    2. Ayah membeli sebuah komputer
    3. Ali bersyukur dengan rezeki yang diberi
    4. Gambar disimpan di dalam album
    kesemua perkataan yang dimerahkan adalah perkataan pinjaman.


    Wednesday 31 October 2012

    BERSAHABAT DALAM ISLAM


    Islam memberikan garispanduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :
    1) Bersahabat kerana Zat(diri) orang tersebut.
    2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).
    3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)
    4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

    DEKATI
    Orang yang Berakal.
    Orang baik perangainya.
    Orang yang beragama.
    Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
    Orang yang Zuhud terhadap dunia.

    JAUHI
    Orang yang banyak berdusta.
    Orang yang Kurang akal.
    Orang yang kedekut.
    Orang yang penakut.
    Orang yang fasik.

    Hak-hak Sahabat
    1) Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.
    2) Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas.
    3) Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu).
    4) Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertakluk kepada taraf seseorang).
    5) Tidak menceritakan keaiban & kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
    6) Memaafkan kesalahan sahabat.
    7) Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
    8) Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.
    9) Tidak menyusah atau memberati sahabat.

    Saturday 27 October 2012

    Adab Menghidang Makanan Dan Minuman


    Adab menghidangkan makanan dan minuman mengikut hukum syarak:-



    Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan



    Menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih



    Menyusun hidangan dengan kemas



    Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala atau tisu



    Adab orang yang menghidangkan makanan:-

    • Menutup aurat
    • Menyegerakan penyediaan makanan
    • Menyediakan makanan yang mencukupi
    • Menyediakan makanan yang terbaik
    • Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
    • Sentiasa ceria semasa menghidangkan makanan
    • Menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan
    • Keutamaan kepada yang lebih tua

    Faedah beradap ketika menghidang makanan dan minuman:-
    1. Dirahmati Allah
    2. Dipandang mulia dan disayangi
    3. Dihindari penyakit
    4. Ketenteraman hidup
    5. Kemas dan teratur

    Thursday 25 October 2012

    DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT





    Maksudnya:

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

    Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

    Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

    Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

    Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

    Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

    Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

    Monday 22 October 2012

    AL-QURAN: SURAH AL-HUMAZAH AYAT 1-9



    HASIL PEMBELAJARAN:
    Aras 1:
    Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan makhraj yang betul
    Aras 2:
    Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan betul dan fasih
    Aras 3:
    Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan hukum tajwid


    NILAI:
    - Berdisiplin
    - Tekun
    - Teliti



    SALAM BICARA




    SALAM ILMU PEMBUKA BICARA BUAT SEMUA. BLOG INI DIBANGUNKAN KHAS UNTUK PENYEBARAN ILMU MAKLUMAT BERKAITAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SEKOLAH RENDAH. DIHARAPKAN SEGALA KANDUNGAN YANG DITERBITKAN DI BLOG INI DAPAT MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF PADA SEMUA. TERIMA KASIH