Wednesday 31 October 2012

BERSAHABAT DALAM ISLAM


Islam memberikan garispanduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :
1) Bersahabat kerana Zat(diri) orang tersebut.
2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).
3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)
4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

DEKATI
Orang yang Berakal.
Orang baik perangainya.
Orang yang beragama.
Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
Orang yang Zuhud terhadap dunia.

JAUHI
Orang yang banyak berdusta.
Orang yang Kurang akal.
Orang yang kedekut.
Orang yang penakut.
Orang yang fasik.

Hak-hak Sahabat
1) Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.
2) Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas.
3) Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu).
4) Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertakluk kepada taraf seseorang).
5) Tidak menceritakan keaiban & kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
6) Memaafkan kesalahan sahabat.
7) Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8) Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.
9) Tidak menyusah atau memberati sahabat.

Saturday 27 October 2012

Adab Menghidang Makanan Dan Minuman


Adab menghidangkan makanan dan minuman mengikut hukum syarak:-



Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan



Menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih



Menyusun hidangan dengan kemas



Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala atau tisu



Adab orang yang menghidangkan makanan:-

  • Menutup aurat
  • Menyegerakan penyediaan makanan
  • Menyediakan makanan yang mencukupi
  • Menyediakan makanan yang terbaik
  • Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
  • Sentiasa ceria semasa menghidangkan makanan
  • Menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan
  • Keutamaan kepada yang lebih tua

Faedah beradap ketika menghidang makanan dan minuman:-
  1. Dirahmati Allah
  2. Dipandang mulia dan disayangi
  3. Dihindari penyakit
  4. Ketenteraman hidup
  5. Kemas dan teratur

Thursday 25 October 2012

DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT





Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Monday 22 October 2012

AL-QURAN: SURAH AL-HUMAZAH AYAT 1-9



HASIL PEMBELAJARAN:
Aras 1:
Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan makhraj yang betul
Aras 2:
Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan betul dan fasih
Aras 3:
Murid dapat membaca ayat 1-9 dengan hukum tajwid


NILAI:
- Berdisiplin
- Tekun
- Teliti



SALAM BICARA




SALAM ILMU PEMBUKA BICARA BUAT SEMUA. BLOG INI DIBANGUNKAN KHAS UNTUK PENYEBARAN ILMU MAKLUMAT BERKAITAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SEKOLAH RENDAH. DIHARAPKAN SEGALA KANDUNGAN YANG DITERBITKAN DI BLOG INI DAPAT MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF PADA SEMUA. TERIMA KASIH