Thursday 1 November 2012

Beriman kepada Kitab


Kitab ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya. Ia mengandungi syariat untuk disampaikan kepada manusia. 


Maksud beriman kepada Kitab

  1. Kita mesti meyakini bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya.
  2. Kitab-kitab Allah ialah wahyu yang menjadi panduan manusia.
  3. Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.

Hukum beriman kepada Kitab

Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab dari langit kepada para rasul untuk menjadi panduan kepada umat manusia dari segi akidah, syariat dan akhlak. Firman Allah s.w.t 


وأنزل معه الكتب بالحق ليحكم بين الناس فيما اختلفوا فيه

Ertinya: dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan -keterangan yang benar) untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.

Kitab-kitab Allah

Injil--->Nabi Isa
Zabur--->Nabi Daud
Taurat--->Nabi Musa
Al-Quran--->Nabi Muhammad SAW

Sebab-sebab manusia memerlukan Kitab
  • Manusia memerlukan panduan hidup yang sempurna.
  • Kerana manusia mempunyai kelemahan.
Kelebihan Al-Quran
  • Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Allah memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan sehingga Hari Kiamat.
  • Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
  • Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.
  • Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.
Al-Quran

Nilai
  • Yakin
  • Percaya dengan rukun iman

No comments:

Post a Comment