Tuesday 13 November 2012

Adab menghidangkan makanan dan minuman


Kelengkapan yang perlu disediakan untuk menghidangkan makanan:-



  • Alas penutup meja (alas meja)


  • Bekas nasi 




  • Senduk nasi
  • Mangkuk untuk makanan berkuah
  • Piring untuk makanan kering
  • Sudu dan Garfu

  • Air pencuci tangan
  • Kain lap



  • Cawan atau gelas (mengikut hidangan)








    Kelengkapan yang tidak sesuai digunakan untuk menghidang makanan:-




    • Pinggan atau cawan yang sumbing


    • Kain lap yang kotor
    • Surat khabar atau buku
    • Telefon bimbit


    Nilai-nilai:-



    • Mestilah sopan ketika menghidangkan makanan
    • Sentiasa berhati-hati semasa menghidangkan makanan


    Saturday 10 November 2012

    Surah Al- Humazah ayat 5-9


    Aras 1:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan makhraj
    yang betul
    Aras 2:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan betul
    dan fasih
    Aras 3:
    Murid dapat membaca ayat 5-9 dengan hukum
    tajwid


    Nilai:

    • Berdisplin
    • Tekun

    Thursday 1 November 2012

    BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH



    Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah



    Beriman kepada Kitab


    Kitab ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya. Ia mengandungi syariat untuk disampaikan kepada manusia. 


    Maksud beriman kepada Kitab

    1. Kita mesti meyakini bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya.
    2. Kitab-kitab Allah ialah wahyu yang menjadi panduan manusia.
    3. Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.

    Hukum beriman kepada Kitab

    Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab dari langit kepada para rasul untuk menjadi panduan kepada umat manusia dari segi akidah, syariat dan akhlak. Firman Allah s.w.t 


    وأنزل معه الكتب بالحق ليحكم بين الناس فيما اختلفوا فيه

    Ertinya: dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan -keterangan yang benar) untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.

    Kitab-kitab Allah

    Injil--->Nabi Isa
    Zabur--->Nabi Daud
    Taurat--->Nabi Musa
    Al-Quran--->Nabi Muhammad SAW

    Sebab-sebab manusia memerlukan Kitab
    • Manusia memerlukan panduan hidup yang sempurna.
    • Kerana manusia mempunyai kelemahan.
    Kelebihan Al-Quran
    • Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.
    • Allah memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan sehingga Hari Kiamat.
    • Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
    • Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.
    • Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.
    Al-Quran

    Nilai
    • Yakin
    • Percaya dengan rukun iman

    Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman

    Terdapat banyak perkataan pinjaman dalam ayat, iaitu-

    Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dan Perkataan pinjaman Bahasa Melayu

    Contoh prkataan pinjaman Bahasa Inggeris:-

    • Komputer
    • Polis
    • Kalender
    • Coklat
    Contoh perkataan pinjaman Bahasa Arab:-
    • Masjid
    • Solat
    • Doa
    • Rezeki
    Antara ayat-ayat yang boleh dibina menggunakan perkataan pinjaman seperti:-

    1. Solat zohor ada empat rakaat
    2. Ayah membeli sebuah komputer
    3. Ali bersyukur dengan rezeki yang diberi
    4. Gambar disimpan di dalam album
    kesemua perkataan yang dimerahkan adalah perkataan pinjaman.